5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Jangka hayat sabun handmade

Jangka hayat sabun handmade

Ramai juga PM/ DM tanya shelf life sabun atau produk sabunfiction, especially for our soap. Selalunya sabun ni lagi lama kita peram, dia lagi best pakai sebab dia akan jadi lebih keras.

I ada explain about the shelf life ni dalam F.A.Q tapi takpelah i'll explain it again here. 

Kalau perasan, mostly sabun handmade ni lembut sikit dari sabun komersil. Salah satu sebab, sabun komersial tak guna bahan semulajadi, semua sentetik dan mereka menggunakan hardener.

Some soapmakers gunakan sodium lactate untuk keraskan sabun mereka, tetapi kami jarang gunakan sodium lactate dalam produk kami (kecuali shampoo balls). Eh jangan risau, sodium lactate ni sejenis garam sodium. 

Anyways, kalau belajar tentang sabun. Handmade soap dibuat secara traditional dengan menggunakan minyak tumbuh-tumbuhan (ada yang gunakan lemak haiwan), sodium hidroksida (lye) dan air. 

Minyak ada banyak jenis minyak, ada hard oils ada soft oils. Antara jenis hard oil ialah minyak kelapa, minyak kelapa sawit, antara soft oils ialah minyak bunga matahari, minyak avocado atau minyak zaitun.

Sebab tu sabun castile yang dibuat 100% dari minyak zaitun, terpaksa cure dalam jangka masa yang panjang, 6 - 12 tahun (which also explains why handmade soap lagi mahal). 

Lagi lama kita cure sabun ni, terdedah dengan angin lalu, dia makin keras. Air-air di dalam sabun akan evaporates, meninggalkan minyak/ lemak yang sudah bertukar jadi sabun.

Sebab tu sabun yang lama, warna dia akan pudar, bau seperti fragrance oil atau essentials oil akan hilang.

Sabun masih fuction seperti sabun biasa, mampu mencuci tetapi mungkin untuk benefits lain di dalam essentials oil akan berkurangan. 

Masa awal-awal buat sabun, zuli rajin letak dry lemon, dry lavender, bunga-bunga. Tetapi selepas 2-3 bulan, ia akan berkulat. Walaupun bunga-bunga ni dah dikeringkan tetapi potensi untuk dia jadi moldy sangat tinggi. Yelah, benda hidup kan. Jadi sekarang zuli dah tak bubuh apa-apa bunga-bunga kering, mahupun segar ke dalam produk.

Jadi apa shelf life untuk sabun handmade? There's no expiry date tapi elok pakai sabun ini dalam masa kurang dari 2 tahun untuk menikmati benefits di dalam sabun tu.

Kalau dah beli tu, pakai jelah eh. Jangan peram-peram. Kalau nak sabun untuk hiasan semata, janganlah beli yang ada essentials oil bagai. Sayang weih...   



Older post Newer post