5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Minyak masak terpakai!

Minyak masak terpakai!

Yes yes. Sabunfiction ada buat sabun dari minyak masak terpakai. Jangan risau. Semua halal sebab dari rumah kami sendiri dan kedai-kedai makanan Islam di sekitar Pajam ni.

Believe it or not, but our first soap actually from used cooking oil. I’m a SAHM so banyakkk sangat minyak masak terpakai yang I kumpul dengan harapan satu hari nanti akan pergilah jual dekat Putrajaya nun (sana ada recycle centre untuk minyak masak terpakai).

Tapi cita-cita jelah sampailah suami membebel sebab banyak naw botol-botol minyak dekat tepi dapur.

Jadi selepas research siang dan malam (wah gitew) akhirnya I discover yang minyak masak terpakai boleh digunakan untuk buat sabun.

So why not kita cuba kan? So I join class and wallah terjadilah sabun eco.

I suka sangat, rasa bangga habislah dapat selamatkan bumi walhal my effort ni mungkin 0.00000001% je inisiatif untuk jadikan bumi a better place.

Tau kan kalau kita buang minyak masak terpakai , sangat tinggi % ia akan berakhir di lautan kita. Kesian hidupan laut kita.

Ohh yang buat lagi best, my mom pakai elok dan tangan dia tak mengelupas dah. Selalu dia basuh pinggan tak kira guna sabun murah ke mahal. Kulit dia akan mengelupas.

So dari situ, I venture to other oils, other recipe, other products dan lahirlah sabunfiction.

Semua sebab minyak masak terpakai je. Huhu.

Trylah. You will love it.

Regards,
Zuli
Sabunfiction

Note: Kalau nak written tutorial, can head here



Older post Newer post