5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Petroleum jelly vs natural skin salve

Petroleum jelly vs natural skin salve

Harini busy sangat. Alhamdulillah, received many orders from you. As you know, Sabunfiction is just a cottage industry, whereby I have no staff. 

Disebabkan masalah Covid-19 ni effected satu dunia. Maka all minions dekat rumah ni tak pergi sekolah. I have five kids all under the age of 10 years old. So sangat sangatlah struggling. No complaints. Membebel manja je and I enjoy being productive.

Tetapi disebabkan itu, I have eye bag. Yup, me bermata panda. 

So dulu-dulu I always use petroleum jelly product ni. Sampailah I menjebakkan diri pasal natural product ni.

Basically, petroleum jelly ni adalah bahan extra yang menyaluti bahagian bawah pelantar minyak. It's a byproduct of the oil industry and therefore an unsustainable resource. Unsustainable meaning tak eco-friendly ya semua. 

Sustainable resources ni ala-ala benda yang boleh direcycle balik, boleh terlerai di tanah, boleh jadi kompos macam tulah. So kalau tak unsustainable ni haaaaaaa apa kes?

Jadi kenapa nak pakai dekat kulit kan kalau dah tak eco-friendly? 

Ada setengah brand, claim dah jalankan pelbagai proses untuk keluarkan sisa-sisa toksik. Tapi kalau pakai dekat kulit, dia tetap tak meresap tau ke kulit. So it's not good for your pores. Ini punca-punca pore kulit tersumbat. Bukan melembabkan lagi dah. Ini big punca penyebab jerawat.

Perasan tak bila pakai petroleum jelly ni, kulit kita makin kering, tak lembabkan pun. Sebab jelly tu dah lock kulit kita dari meresap moist semula jadi, ia juga lock kulit kita menghasilkan sebum yang sepatutnya. Jadi sama ada makin kering atau makin berpeluh. 

Otak kita receive signal salah yang ingat kulit dah hasilkan sebum yang secukupnya sebab tu dia stop keluarkan sebum so keringlah kulit. Bila makin kering ni yang mudah trigger eczema. 

Atau salah information yang kulit kita ni tak cukup sebum, jadi makin berminyaklah kulit kita. Semua sebab petroleum jelly ni tak 'bekerja'. Setakat tepek duduk diam-diam situ ala pakai gris je kekdahnya. Faham tak? 

Sebagai Islam pula, kalau dah pakai produk yang tak boleh tembus air, sah ke wudhu'? Haaaaa gituh. 

Alternatif, boleh cuba more eco-friendly produk macam campuran shea butter (atau cocoa butter atau mango butter), beeswax dan natural oil. Tiga kombinasi ni boleh substitute kerja petroleum jelly in fact lagi bagus.

Beeswax contohnya akan lock semua moisture di kulit, disamping melembabkan dia juga ada anti-inflammatory dan anti-backteria, so dia bantu untuk merawat kulit. 

Shea butter atau body butter yang lain macam cocoa butter, mango butter pula well-known moisturiser untuk kulit kering. Dia creates a protective barrier and slowing the natural escape of moisture from the skin, making it a natural replacement for petroleum jelly. Juga dipenuhi anti-inflammation jadi bagus untuk masalah eczema.

Shea butter juga selalu digunakan untuk menghilangkan stretch mark.

Campur dengan natural oil lain yang dah tentu banyak benefits dia. 

Mula-mula pakai memang macam heavy, tapi lama-lama dia meresap ke kulit. Long term memang akan melembutkan kulit. 

Memang natural balm ni harga mahal sikit dari petroleum jelly tapi benefits dia lifetime ok. Ingat, apa-apa yang kita sapu di kulit, 80% akan meresap ke dalam saluran darah kita. Jadi kenapa nak letak benda yang tak eco-friendly?

By the way, sini ada resipi simple nak buat balm natural. 

Selamat mencuba!




Older post Newer post